Thursday, 24 April 2014

Seloka 02





SELOKA 2 BESTARI

Assalamualaikum……pembuka bicara,
Buat semua pembaca setia,
2 bestari mempersembahkan seloka,
Sekadar bicara bergurau senda

Azlan dan Azrul satu kepala,
Dalam kelas dialah heronya,
Time balik tak Nampak kepala,
Bukan apa dah perangai mereka

Norhamiezul nama diberi,
Bab mengata hebat sekali,
Geng sekepala tentulah Sabri,
Kalau bercakap runtuhlah negeri.

‘Mat Sivik’ gelaran diberi,
Amirul Asyraf nama diberi,
Always busy mengalahkan menteri,
Zila,Liza happy go lucky.

Hajat dihati nak jadi puteri,
Nor Hidayu empunya diri,
Rohana pula teman sejati,
Datang dari planet bumi,

Intan dan Fatin rakan sejati,
Datang dari satu negeri,
Kalau belajar eksyen sekali,
Time soalan buat-buat reti,

Nurul Najwa nama diberi,
Rakan baiknya adalah  Azie,
Bila belajar tekun sekali,
Kalau tak faham dialah dicari,

Kalau terasa maaf dipinta,
Inilah dikata belajar bersama,
Kalau ada terkasar bahasa,
Moga-moga dilupakan saja.

Wednesday, 23 April 2014

Bidalan 02



Hendak belajar berenang carilah itik, hendak belajar memanjat carilah tupai
Ertinya   :    Jika hendak mempelajari sesuatu,tuntutlah ilmu dengan orang yang lebih mengetahui akan perkara itu

Yang baik dipakai, yang buruk dibuang
Ertinya    :   Haruslah pandai memilih yang mana yang terbaik / sesuai


Genggam bara api biar sampai jadi arang
Ertinya   :    Melakukan sesuatu kerja hingga selesai walaupun kerja tersebut sukar dilakukan

Cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit
Ertinya   :    Sentiasa beringat-ingat lebih-lebih lagi ketika menggunakan duit

Ada padi semua jadi , ada beras semua deras
Ertinya  :  Seandainya kita mempunyai kelengkapan yang cukup, semua aktiviti dapat dilakukan dengan sempurna

Jangan dibiar cacing naik ke mata
Ertinya :  Kelakuan yang tidak elok / melampau tidak boleh dibiarkan

Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya
Ertinya  :  Sesuatu kerja yang dilakukan haruslah diselesaikan

Adat diisi , janji dilabuh
Ertinya  :  Adat perlu dilakukan , janji perlu ditepati

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
Ertinya   :   Orang yang malas berusaha tidak akan tercapai cita-citanya

Gantung tidak bertali, salai tidak berapi
Ertinya   :   Seorang isteri yang telah ditinggalkan oleh suami

Tak lari gunung dikejar
Ertinya  :   Jangan melakukan sesuatu kerja dengan terburu-buru

Ditanak semua berasnya
Ertinya   :    Menunjukkan semua kebolehan dalam masa serentak

Tiada terkajang batu di pulau
Ertinya    :   Sukar untuk memuaskan hati setiap orang
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali
Ertinya   :    Buatlah baik walaupun sederhana dan jauhilah daripada melakukan kejahatan

Nasi tak dingin, pinggan tak retak
Ertinya  :   Seseorang yang dapat melakukan sesuatu kerja dengan sempurna walaupun kerja itu dalam keadaan yang banyak

Monday, 21 April 2014

Seloka 01





PELAJAR 5 SIGMA

Assalamualaikum bermula bicara,
Buat anda pembaca setia,
Bertemu kita diarena seloka,
Pelajar 5 Sigma empunya cerita
        
Orangnya kecil manis sekali,
Baik budi juga pekerti,
Cikgu Syahliza sumber inspirasi,
Itulah guru kelas kami,

Barisan hadapan kita mulai,
Nurul Ain awek yang ‘ranggi’
Suziliana member dikasihi
Awek JB selalu menyepi.

Shahril pula ketua utama,
Tapi sering serba tak kena,
Member sebelah jiwang orangnya,
Mohd Reduan itulah nama.

Pandai menyanyi dan juga bersukan,
Siti Maya semua dah kenal,
Nurjuliana itulah teman,
Pakwe handsome kalah Mustapa Kamal,

Ingin Berjaya hajat dihati,
Wajah tenang seperti air di muara,,
Tiba giliran Shahida dan Wati,
Bila bercakap dialah juara

Loghat Kedah amboi lagaknya,
Hasliana Hasan empunya nama,
Member sebelah Pikah panggilanya,
Sekali marah gempar dunia,

Khairul dan Nizam duduk bersebelahan
Member kamcing satu kepala,
Subjek mate Azrul johan,
Subjek sastera Azlan juara,

Berakhirlah al-kisah dan juga cerita,
Semoga terhibur hati yang duka,
Salah dan silap maaf ku pinta,
Janganlah marah dibelakang pula

Bidalan 01




Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk
Ertinya   :   Setiap sesuatu kerja / perkara yang baik haruslah dilakukan dengan segera dan jangan dilengah-lengahkan

Duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang
Ertinya  :   Keputusan yang dibuat dari pandangan orang ramai adalah lebih baik berbanding pandangan seorang

Ditolak tak tumbang
Ertinya   :    Tetap pendirian

Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut
Ertinya  :   Segala rahsia perlu disimpan sebaik-baiknya

Sarang tebuan jangan dijolok, kelak merana badan
Ertinya   :   Jangan sesekali mencari susah atau pun bahaya

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Ertinya   :   Berhati-hati ketika berkata-kata lebih-lebih lagi berkata tentang orang lain

Resmi padi diikut , resmi jagung dihindar
Ertinya   :   Sentiasa merendah diri dan tidak sombong diri

Jangan bercermin di air yang keruh
Ertinya   :   Jangan mencontohi perkara yang tidak baik

Ditelan mati emak, Diluah mati bapa
Ertinya   :    Serba salah dalam membuat keputusan terutamanya pilihan yang ingin dibuat sama penting

Emas di peti, kerbau di kandang
Ertinya   :   Sesuatu harta benda perlu disimpan sebaik-baiknya agar sentiasa selamat

Tiada rotan, akar pun berguna
Ertinya  :  Sementara hendak mendapatkan sesuatu yang baik, gunalah apa yang ada dahulu

Dulu timah, sekarang besi
Ertinya  :   Lebih kuat dari sebelumnya

Bunga disunting, perdu ditendang
Ertinya   :    Seseorang sayang pada isterinya tetapi benci pada mertuanya