Wednesday, 23 April 2014

Bidalan 02



Hendak belajar berenang carilah itik, hendak belajar memanjat carilah tupai
Ertinya   :    Jika hendak mempelajari sesuatu,tuntutlah ilmu dengan orang yang lebih mengetahui akan perkara itu

Yang baik dipakai, yang buruk dibuang
Ertinya    :   Haruslah pandai memilih yang mana yang terbaik / sesuai


Genggam bara api biar sampai jadi arang
Ertinya   :    Melakukan sesuatu kerja hingga selesai walaupun kerja tersebut sukar dilakukan

Cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit
Ertinya   :    Sentiasa beringat-ingat lebih-lebih lagi ketika menggunakan duit

Ada padi semua jadi , ada beras semua deras
Ertinya  :  Seandainya kita mempunyai kelengkapan yang cukup, semua aktiviti dapat dilakukan dengan sempurna

Jangan dibiar cacing naik ke mata
Ertinya :  Kelakuan yang tidak elok / melampau tidak boleh dibiarkan

Kalau pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya
Ertinya  :  Sesuatu kerja yang dilakukan haruslah diselesaikan

Adat diisi , janji dilabuh
Ertinya  :  Adat perlu dilakukan , janji perlu ditepati

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
Ertinya   :   Orang yang malas berusaha tidak akan tercapai cita-citanya

Gantung tidak bertali, salai tidak berapi
Ertinya   :   Seorang isteri yang telah ditinggalkan oleh suami

Tak lari gunung dikejar
Ertinya  :   Jangan melakukan sesuatu kerja dengan terburu-buru

Ditanak semua berasnya
Ertinya   :    Menunjukkan semua kebolehan dalam masa serentak

Tiada terkajang batu di pulau
Ertinya    :   Sukar untuk memuaskan hati setiap orang
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali
Ertinya   :    Buatlah baik walaupun sederhana dan jauhilah daripada melakukan kejahatan

Nasi tak dingin, pinggan tak retak
Ertinya  :   Seseorang yang dapat melakukan sesuatu kerja dengan sempurna walaupun kerja itu dalam keadaan yang banyak

No comments:

Post a Comment