Thursday, 17 April 2014

Perumpamaan 01






Lautan mana tidak bergelora , Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Ertinya  :  Tiada seorang pun yang boleh lari dari melakukan kesilapan

Bagai api dengan asap , Bagai isi dengan kuku
Ertinya  :   Hubungan yang terlalu rapat

Bagai lepat dengan daun , bagai cembul mendapat tutupnya
Ertinya   :   Pasangan yang sangat sesuai

Bagai kucing tidur di bantal
Ertinya   :   Seseorang yang hidup dalam keadaan senang dan mewah

Bagai lukah, tak penuh dek air
Ertinya   :    Orang yang suka makan dan tidak kenyang-kenyang

Umpama menatang minyak yang penuh
Ertinya  :    Menjaga dengan penuh perhatian dan kasih saying

Bagai melepas batuk di tangga
Ertinya   :    Membuat sesuatu kerja dengan sambil lewa

Ibarat tebu , habis madu sepah dibuang
Ertinya  :    Seseorang yang ditinggalkan kerana tidak lagi cantik atau tidak lagi istimewa

Bagai menyekat belut yang hidup
Ertinya   :    Sesuatu pekerjaan yang sangat sukar

Bagai pintu yang tak berpasak , Bagai perahu yang tak berkemudi
Ertinya  :    Sesuatu yang sangat membahayakan

Bagai sumur di tepi rawa
Ertinya   :   Orang yang kuat cemburu

Bagai dihiris dengan sembilu
Ertinya   :    Rasa hati yang sangat sedih dan pedih

Ibarat gasing , berpaku tetap berpusing , tak berpaku terus merayau
Ertinya  :   Kembali ke tempat asal walau merantau jauh

Bagai berumah di tepi tebing , Bagai galah di tengah arus
Ertinya   :   Sentiasa dalam kegelisahan dan kebimbangan

 

No comments:

Post a Comment