DADA MANUSIA TIDAK DAPAT DI SELAM
Ertinya
: Isi hati seseorang tidak dapat
diduga
DAHULU DISOROK KEMUDIAN DITOHOK
Ertinya
: Seseorang yang hendak membuat kerja-kerja rahsia tetapi sebelum itu
telah memberitahu orang lain
SEGAN MENGGERAK LINGKAR
Ertinya
: Malas berusaha
SEDAP DAHULU PAHIT KEMUDIAN
Ertinya
: Bersenang dahulu, bersenang
kemudian
TELUNJUK MENCUCUK MATA
Ertinya
: Dianiayai oleh seseorang yang
boleh dipercayai
UCAP HABIS NIAT PUN SAMPAI
Ertinya
: Apa yang dihajati diperolehi
dengan cepat
SETITIK DILAUTKAN, SEKEPAL DIBUKITKAN
Ertinya
: Memperbesar-besarkan sesuatu
perkara yang pada asal adalah kecil
SAMA SEKAPAL
Ertinya
: Sama arah tujuan / Senasib
ROSAK TAPAI KERANA RAGI
Ertinya
: Pekerjaan yang tidak cermat
membuahkan hasil yang tidak sempurna
RETAK BATU
Ertinya
: Pertelingkahan yang sukar
didamaikan
PUCUK DICITA ULAM MENDATANG
Ertinya
: Gembira mendapat sesuatu yang
dihajati
PADI MASAK JAGUNG MENGUPIH
Ertinya
: Keuntungan yang berlipat kali
ganda
MEMBERI BUNGA KEPADA KERA
Ertinya
: Memberi sesuatu benda kepada
orang yang tidak tahu menilainya
LANGIT RUNTUH, BUMI CAIR
Ertinya
: Seseorang yang kehilangan tempat bergantung hidup
KOREK LUBANG ULAT / JOLOK SARANG TEBUAN
Ertinya
: Sengaja mencari gaduh