Monday, 19 May 2014

Pepatah 01




DADA MANUSIA TIDAK DAPAT DI SELAM
Ertinya   :   Isi hati seseorang tidak dapat diduga

DAHULU DISOROK KEMUDIAN DITOHOK
Ertinya   :   Seseorang yang hendak  membuat kerja-kerja rahsia tetapi sebelum itu telah memberitahu orang lain

SEGAN MENGGERAK LINGKAR
Ertinya   :    Malas berusaha

SEDAP DAHULU PAHIT KEMUDIAN
Ertinya  :   Bersenang dahulu, bersenang kemudian

TELUNJUK MENCUCUK MATA
Ertinya   :   Dianiayai oleh seseorang yang boleh dipercayai

UCAP HABIS NIAT PUN SAMPAI
Ertinya   :   Apa yang dihajati diperolehi dengan cepat

SETITIK DILAUTKAN, SEKEPAL DIBUKITKAN
Ertinya   :  Memperbesar-besarkan sesuatu perkara yang pada asal adalah kecil

SAMA SEKAPAL
Ertinya  :  Sama arah tujuan / Senasib

ROSAK TAPAI KERANA RAGI
Ertinya   :   Pekerjaan yang tidak cermat membuahkan hasil yang tidak sempurna

RETAK BATU
Ertinya   :   Pertelingkahan yang sukar didamaikan

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG
Ertinya   :   Gembira mendapat sesuatu yang dihajati

PADI MASAK JAGUNG MENGUPIH
Ertinya   :   Keuntungan yang berlipat kali ganda

MEMBERI BUNGA KEPADA KERA
Ertinya   :   Memberi sesuatu benda kepada orang yang tidak tahu menilainya

LANGIT RUNTUH, BUMI CAIR
Ertinya   :   Seseorang yang kehilangan  tempat bergantung hidup

KOREK LUBANG ULAT / JOLOK SARANG TEBUAN
Ertinya   :   Sengaja mencari gaduh

No comments:

Post a Comment