SELOKA 4 ALPHA
HAI EVERYONE DAN SALAM SEJAHTERA
ASSALAMUALAIKUM DITURUT SERTA
4 ALPHA EMPUNYA CERITA
PELBAGAI RAGAM, AKSI DAN RUPA
ORANGNYA PERIANG BERBUDI BAHASA
MENGAJAR KAMI TEORI, LUKISAN DAN AMALI
PUAN NORBAIYAH CANTIK JELITA
ITULAH DIA GURU KELAS KAMI
MOHD RADZI BONZER KELAS KAMI
SEKALI PENUMBUK BISA SEKALI
DIA JUGA PEMAIN RAGBI
YANG PATUT LAWAN GERUNI
MENJAWAT JAWATAN SETIAUSAHA KAMI
DIALAH GENGSTER DIALAH RAJA
BILA SEKOLAH ALAMI BENCANA
ITULAH ROZMAN PUNYA ANGKARA
ORANGNYA DUDUK KAT TAMAN NEGARA
8 JAM MERANTAU DATANG KE MARI
NAMA GELARAN KAMAL JOHARA
ITULAH DIA BENDAHARI KAMI
SEORANG JENDERAK, SEORANG JENGKA
JALAN TERHUYUNG-HAYANG MEREKA BERSAMA
SUKA MENGUMPAT ITULAH KERJANYA
TENTULAH BADRUL DAN MAN EMPUNYA NAMA
MAT BUNGA DI DORM KAMI
HARI-HARI MUKA BERSERI-SERI
GADIS IDAMAN TETAP DI HATI
ITULAH SYAZWAN NAMA DIBERI
SANI DATANG DARI DESA MURNI
BERASA OTAI DI DORM KAMI
DENGAN ZULKIFLI SENTIASA BERKELAHI
KALAU BERTUMBUK TAK PUAS HATI
DARI KOLOMPO DATANG ORANGNYA
ZAIRUL ORANGNYA BIASA SAJA
DUDUK DIAM JARANG BERKATA
DI DALAM KELAS CERDIK JUGA
ASYIK
MEREMPAT DI SANA SINI
ITULAH DIA AZLYNDAWATI
LANGKAH DIIKUTI OLEH CIK SITI
BUKANNYA TAKDE DORM SENDIRI
AIN DAN IDA SUKA BERCERITA
PASAL BUDAK KENA DENDA
MEREKA BERDUA MEMANG PEKA
APA LAGI NAK DIKATA
HAMIZAH DAN SYIMAH ASYIK BERSEMBANG
KALAU BERSEMBANG TAK INGAT DUNIA
YANA DAN NURUL DAH NAIK BENGANG
GERENTI TAK LEH LELAPKAN MATA
TAK KIRA MANA KORANG PERGI
KITA TETAP BERSATU HATI
INGAT KENANGAN DALAM DORM INI
PERSAHABATAN JANGAN TERPUTUS NANTI
BERCERITA PANJANG TIDAK BERGUNA
LEBIH BAIK MENGUNDUR DIRI
JIKA ADA YANG TIDAK SEMPURNA
KAMI MAAF SEKALI LAGI
No comments:
Post a Comment