Monday, 8 August 2016

Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar



PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR


Telefon bimbit merupakan alat telekomunikasi yang amat penting pada abad ini. Tanpa telefon ini, sudah pasti kehidupan tidak akan menjadi sempurna. Kini telefon bimbit bukanlah sesuatu alat untuk golongan berada sahaja. Semua golongan boleh memilikinya hatta pelajar sekolah sekali pun. Telefon mudah alih ini akan mengundang kesan positif mahupun negatif terhadap pelajar-pelajar sekolah.

Kesan positif pertama ialah boleh menggunakan telefon bimbit untuk mendapat maklumat mengenai pelajaran secara menyeluruh, mudah, dan pentas. Kita tidak perlu membuang banyak masa untuk mencari maklumat di perpustakaan kerana setiap masa itu emas. Telefon bimbit boleh disambungkan ke internet, menghantar emel dan sebagainya. Pelajar juga boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas.

Disamping itu, pelajar dapat mengetahui teknologi yang kian pesat dipergunakan oleh masyarakat pada masa kini. Tidaklah pelajar dianggap bagai kotak bawah tempurung yang tidak peka akan perkembangan teknologi yang sering diperkatakan pada zaman ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa telefon bimbit juga mempunyai kesan negatif terhadap pelajar. Setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk memiliki telefon yang canggih pasti akan terpengaruh lantas tidak teragak-agak untuk mendesak ibu bapa untuk membelikan lelefon yang mampu menandingi kecanggihan dan kecantikan telefon  bimbit yang dimiliki oleh kawannya.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menggalakkan berlakunya banyak kes kecurian. Secara lazimnya pelajar yang berasal dari keluarga yang berada akan memiliki telefon bimbit yang lebih mahal dan canggih. Telefon bimbit yang sebegitu akan menjadi tumpuan golongan yang iri hati lantas berlakulah kes kecurian.

Kesimpulannya, pelajar yang menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul pasti mereka akan menerima banyak faedahnya dan sekiranya mereka menyalahgunakan telefon bimbit ini, mereka akan terjebak dengan perkara-perkara yang negatif.  




Tuesday, 2 August 2016

Demonstrasi Jalanan


DEMONSTRASI JALANAN





                Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar gejala demontrasi jalanan di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Perkara ini bukan sahaja berlaku di dalam negara malahan di luar Negara seperti Thailand. Hal ini berlaku kerana ketidakfahaman antara pihak atasan dengan rakyat. Gejala yang tidak berfaedah ini bukanlah memberi kebaikan malahan memberi keburukan.

                Antara keburukannya ialah berlakunya pembunuhan. Individu yang tidak berpuas hati dengan keadaan  Negara akan terus melakukan pemberontakan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi takut. Mereka yang menyertai demontrasi jalanan bagai menggali kubur sendiri kerana mereka bukan sahaja membahayakan diri sendiri malahan membahayakan individu lain. Akibatnya banyaklah individu yang tidak bersalah menjadi mangsa.

                Di samping itu, banyak kemudahan awam akan mengalami kerosakan yang teruk kerana tindakan luar kawalan individu yang melakukan rusuhan ini. Hal ini akan menyebabkan orang awam tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan kerana kemudahan ini telah rosak.

                Bagi peniaga, mereka akan mengalami kerugian yang besar kerana tapak perniagaan mereka dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk memperbaiki premis perniagaan mereka ataupun mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.

                Selain itu, demontrasi jalanan menyebabkan keamanan negara akan tergugat kerana mereka diibaratkan ‘Duri dalam daging’ bagi negara kita. Mereka dianggap sebegitu kerana mereka menyebabkan Negara kita menjadi porak-peranda malahan menjadikan Negara kita tidak selamat untuk pelancong asing. Selain itu, pelancong asing juga akan memandang serong terhadap kepimpinan Negara kita yang dianggap kurang bijak untuk mengawal keadaan.

                Kesimpulannya, gejala demontrasi yang berlaku di dalam negara perlulah dibendung seperti kata pepatah ‘Cegah sebelum parah’. Semua pihak mestilah memikul tanggungjawab bagi mengurangkan kesan demontrasi jalanan bak kata pepatah lagi ‘Hati kuman sama dicecah, Hati gajah sama dilapah’. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk merungkaikan masalah dan bukannya merumitkan keadaan kerana sekiranya kita terlambat, keadaan akan menjadi semakin buruk dan pada ketika itu ‘Nasi sudah menjadi bubur’.