DEMONSTRASI JALANAN
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar gejala demontrasi
jalanan di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Perkara ini bukan
sahaja berlaku di dalam negara malahan di luar Negara seperti Thailand. Hal ini
berlaku kerana ketidakfahaman antara pihak atasan dengan rakyat. Gejala yang
tidak berfaedah ini bukanlah memberi kebaikan malahan memberi keburukan.
Antara
keburukannya ialah berlakunya pembunuhan. Individu yang tidak berpuas hati
dengan keadaan Negara akan terus melakukan
pemberontakan sehingga menyebabkan masyarakat menjadi takut. Mereka yang
menyertai demontrasi jalanan bagai menggali kubur sendiri kerana mereka bukan
sahaja membahayakan diri sendiri malahan membahayakan individu lain. Akibatnya
banyaklah individu yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Di samping itu,
banyak kemudahan awam akan mengalami kerosakan yang teruk kerana tindakan luar
kawalan individu yang melakukan rusuhan ini. Hal ini akan menyebabkan orang
awam tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan kerana kemudahan ini
telah rosak.
Bagi peniaga,
mereka akan mengalami kerugian yang besar kerana tapak perniagaan mereka
dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk memperbaiki premis perniagaan
mereka ataupun mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.
Selain itu,
demontrasi jalanan menyebabkan keamanan negara akan tergugat kerana mereka
diibaratkan ‘Duri dalam daging’ bagi negara kita. Mereka dianggap sebegitu
kerana mereka menyebabkan Negara kita menjadi porak-peranda malahan menjadikan
Negara kita tidak selamat untuk pelancong asing. Selain itu, pelancong asing
juga akan memandang serong terhadap kepimpinan Negara kita yang dianggap kurang
bijak untuk mengawal keadaan.
Kesimpulannya,
gejala demontrasi yang berlaku di dalam negara perlulah dibendung seperti kata
pepatah ‘Cegah sebelum parah’. Semua pihak mestilah memikul tanggungjawab bagi
mengurangkan kesan demontrasi jalanan bak kata pepatah lagi ‘Hati kuman sama
dicecah, Hati gajah sama dilapah’. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk merungkaikan
masalah dan bukannya merumitkan keadaan kerana sekiranya kita terlambat,
keadaan akan menjadi semakin buruk dan pada ketika itu ‘Nasi sudah menjadi
bubur’.
No comments:
Post a Comment