MASYARAKAT PENYAYANG
Dewasa ini, sering kita terleka daripada
mengamalkan salah satu nilai murni yang seharusnya diamalkan oleh setiap insan
di dunia ini iaitu penyayang. Mereka tidak sedar bahawa sifat atau nilai ini
amat penting dalam sesebuah masyarakat walaupun berbeza kaum, agama, budaya dan
adat. Hal ini kerana kurangnya penerapan ciri-ciri masyarakat penyayang dalam
diri kita. Bagi memupuk semangat masyarakat penyayang, kita seharusnya
mengamalkan beberapa ciri-ciri masyarakat penyayang.
Ciri
yang pertama ialah kita sewajarnya menunjukan sikap sayang dan kasih kepada
setiap negara yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Hal ini kerana setiap nyawa
merupakan perkara yang lebih penting daripada harta benda di dunia ini.
Masyarakat seharusnya bersama-sama menjaga keselamatan diri daripada
perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sebagai contohnya,
sekiranya jiran kita berasa dalam keadaan terancam, kita seharusnya berusaha
untuk menyelamatkan diri mereka supaya tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.
Ciri
kedua pula ialah saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Kita yang
tinggal dalam kelompok masyarakat , kita sewajarnya menziarahi jiran-jiran yang
berdekatan dengan rumah kita mahupun jiran sekampung pada bila-bila masa. Janganlah
pula bila mereka sedang sakit ataupun mereka sudah meninggal dunia, barulah
terdetik hati untuk melawatnya. Satu lagi amalan ziarah yang amat digalakkan
iaitu menziarahi semasa perayaan kaum-kaum di negara ini. Umpamanya, semasa
perayaan Hari Raya Aidilfitri, kaum-kaum lain diundang ke majlis rumah terbuka
kaum muslim. Begitulah sebaliknya. Amalan ini amat digalakkan untuk mengukuhkan
silaturrahim antara kaum. Sesungguhnya amalan ini harus diteruskan demi
persefahaman dan kebaikan bersama.
Selain
itu, kita perlulah memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling.
Sebagai contohnya jika jiran kita mempunyai sebarang masalah atau kesulitan
hidup, sebagai jiran, kita haruslah prihatin terhadap masalah mereka dan
berusaha untuk membantu sedaya upaya kita. Seperti pepatah yang kita sering
dengar iaitu ‘ Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicecah’.
Ciri
yang seterusnya ialah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain.
Semangat bantu membantu dapat dipupuk melalui semangat kejiranan dan seterusnya
menepati kehendak ‘Berat sama dipikul, Ringan sama dijunjung’ dalam perbuatan
kita seharian. Setiap individu tidak dapat mengelakkan diri daripada masalah
kehidupan harian. Oleh itu, kita memerlukan bantuan daripada jiran tetangga
untuk menyelesaikan masalah tertentu. Janganlah pula kita memberi pertolongan
semata-mata mengharapkan balasan bak kata pepatah ‘Ada udang disebalik batu’.
Dapatlah
disimpulkan, bahawa semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan usaha bagi
menjayakan kempen masyarakat penyayang
amatlah ditagih kerana orang bijak pandai pernah berpesan ‘kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIzin salin cikgu
ReplyDeleteI just wanna fuck a dude his cum so sticky like glue his dick is so cool
ReplyDeleteAuthor pls remove this comment
DeleteIzin kn salin ni
ReplyDelete