ADAB
KEPADA IBU BAPA
Tanpa ibu bapa, tiadalah kita. Ini adalah
salah satu slogan kata yang perlu diambil berat oleh semua anak-anak di
Malaysia. Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa
mereka, kita tidak mungkin wujud di alam fana ini.
Sejak
kita lahir sehingga dewasa, merekalah yang membesarkan mendidik kita dengan
penuh kasih sayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Jadi, apabila dewasa
kita mestilah membalas jasa mereka walaupun mereka tidak pernah minta dibalas.
Kita
hendaklah berbakti kepada ibu bapa, lebih-lebih lagi disaat mereka memerlukan
kasih sayang seorang anak ketika usia mereka semakin lanjut. Ketika itulah perhatian
dan kasih sayang kita amat diharapkan. Kita harus menjaga mereka sebagaimana
mereka memelihara kita dengan penuh kasih sayang.
Sebagai
anak yang bertanggungjawab, kita haruslah sentiasa mendoakan kebahagian mereka
di dunia dan di akhirat serta memelihara kebajikan mereka. Hal ini kerana ibu
bapa dapat merasai kegembiraan daripada sikap anak-anak yang menyayangi dan
mengambil berat tentang keperluan dirinya.
Selain
itu, kita hendaklah bercakap dengan suara yang lembut dan janganlah kita
menjadi seperti kacang lupakan kulit. Kita hendaklah sentiasa menghubungi
mereka dan sentiasa bertanyakan khabar mereka. Selain itu, kita perlulah pulang
ke rumah terutama pada hujung minggu mahupun musim perayaan.
Janganlah
kita tempatkan ibu bapa kita di rumah orang-orang tua kerana sudah sedia maklum
bahawa rumah orang-orang tua tidak disukai oleh warga tua. Dalam meniti hari
tua, mereka sepatutnya bermesra dengan anak dan cucu mereka.
No comments:
Post a Comment