GEJALA
SAMSENG DI SEKOLAH
Isu disiplin di
kalangan pelajar telah sinonim dalam masyarakat kita. Isu demi isu dicanangkan
oleh pelbagai pihak namun kes-kes samseng pelajar semakin menakutkan kita
semua. Sebenarnya salah satu cara untuk mengatasi kes samseng pelajar ialah
mendidik mereka dari awal dengan cara menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
pelajar seperti peribahasa ‘melentur buluh biar dari rebungnya dan disini
peranan guru amat penting’.
Guru-guru
perlulah mengambil tindakan tegas iaitu tindakan secara berperingkat daripada
amaran sehinggalah dibuang sekolah. Tindakan sebegini bukanlah untuk
menggelapkan masa depan pelajar tetapi adalah cara terbaik supaya ia dijadikan
contoh dan tidak diulangi oleh pelajar lain.
Penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk menghindari pelajar
melakukan gejala samseng ini. Aktiviti kokurikulum termasuklah unit beruniform,
persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah. Penglibatan pelajar dalam
aktiviti sebegini dapat membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman,
pengetahuan, memanfaatkan masa dan tidak mudah terpesong untuk melakukan gejala
samseng ini.
Pelajar-pelajar
perlu berhati-hati memilih rakan kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang
boleh mengubah pendirian seseorang seperti kata-kata seorang tokoh ilmuan,
kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi, walaupun tak kena apinya,
sekurang-kurangnya kita terkena asapnya, kawan yang baik pula umpama berkawan
dengan penjual minyak wangi, walaupun tidak terkena minyak wanginya,
sekurang-kurangnya kita akan mendapat wanginya.
Pihak kerajaan mesti menggandakan usaha dan
tenaga dengan menggandakan usaha dan tenaga dengan mengadakan kempen dan
pelbagai aktiviti kurikulum serta kokurikulum yang dapat meningkatkan tahap
disiplin pelajar. Pihak anggota keselamatan dan badan-badan bukan kerajaan
harus menyokong dengan memberikan bantuan dan kerjasama khususnya kepada pihak
sekolah.
No comments:
Post a Comment