Monday 21 April 2014

Bidalan 01




Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk
Ertinya   :   Setiap sesuatu kerja / perkara yang baik haruslah dilakukan dengan segera dan jangan dilengah-lengahkan

Duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang
Ertinya  :   Keputusan yang dibuat dari pandangan orang ramai adalah lebih baik berbanding pandangan seorang

Ditolak tak tumbang
Ertinya   :    Tetap pendirian

Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut
Ertinya  :   Segala rahsia perlu disimpan sebaik-baiknya

Sarang tebuan jangan dijolok, kelak merana badan
Ertinya   :   Jangan sesekali mencari susah atau pun bahaya

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Ertinya   :   Berhati-hati ketika berkata-kata lebih-lebih lagi berkata tentang orang lain

Resmi padi diikut , resmi jagung dihindar
Ertinya   :   Sentiasa merendah diri dan tidak sombong diri

Jangan bercermin di air yang keruh
Ertinya   :   Jangan mencontohi perkara yang tidak baik

Ditelan mati emak, Diluah mati bapa
Ertinya   :    Serba salah dalam membuat keputusan terutamanya pilihan yang ingin dibuat sama penting

Emas di peti, kerbau di kandang
Ertinya   :   Sesuatu harta benda perlu disimpan sebaik-baiknya agar sentiasa selamat

Tiada rotan, akar pun berguna
Ertinya  :  Sementara hendak mendapatkan sesuatu yang baik, gunalah apa yang ada dahulu

Dulu timah, sekarang besi
Ertinya  :   Lebih kuat dari sebelumnya

Bunga disunting, perdu ditendang
Ertinya   :    Seseorang sayang pada isterinya tetapi benci pada mertuanya

No comments:

Post a Comment