Thursday 8 May 2014

Seloka 03





SELOKA ASPURA FORM 5

Awal cerita bermula begini,
Mengenai aspura tingkatan lima,
Ketua warden aspura aspuri,
En Saipuddin empunya nama.

Menulis seloka punyalah susah,
Siang dan malam tak sudah-sudah,
Sambil mengelamun otak diperah,
Empunya diri tidak akan dihebah.

Qayyum dan Mirul kawan sejati,
Membuat bising hobi mereka,
Berlainan pula Isman dan Bakhri,
Study bersama di mana sahaja.

Buat lawak tak pernah miss,
Sangat suka merendah diri,
Seorang pelajar kelas Sains,
Study bersama di mana sahaja.

Nama Kojek memang ‘famaous’,
Walau nama sebenar Shah Rizal Idrus,
Dari luaran nampak lurus,
Bab bergaya cukup bagus.

Dari Pulau Raya dia mari,
Telah dilantik Ketua Ibadah,
Nurul Mazwan sangat dikenali,
Nak tengok dia berjiwang memang susah.

Bab-bab melukis terserah  padanya,
Berdada bidang bertubuh sasa,
Sekali ketawa tak ingat dunia,
Itulah Pejo ‘laser’ mulutnya.

Bertubuh kecil riuh orangnya,
Kalau bercakap tak pernah bernokhtar,
Nik Mohd Afaizal dah tentu orangnya,
Apabila ditanya jawabnya entah.

Mohd Khairil dari T.S.D,
Duduk pula di kelas sastera,
‘Time’ study dia tak study,
‘Time’ tidur dialah orangnya.
Semua perkara dia tau,
Digelar pula jurulatih,
Kuat berjiwang sudahlah tentu,
Mazuan Manaf kuat berceloteh.

I am sorry kata orang putih,
Minta maaf kata orang melayu,
Rakan-rakan yang terkena janganlah bersedih,
Jangan pula makan tak lalu…….

No comments:

Post a Comment