Monday 8 August 2016

Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar



PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR


Telefon bimbit merupakan alat telekomunikasi yang amat penting pada abad ini. Tanpa telefon ini, sudah pasti kehidupan tidak akan menjadi sempurna. Kini telefon bimbit bukanlah sesuatu alat untuk golongan berada sahaja. Semua golongan boleh memilikinya hatta pelajar sekolah sekali pun. Telefon mudah alih ini akan mengundang kesan positif mahupun negatif terhadap pelajar-pelajar sekolah.

Kesan positif pertama ialah boleh menggunakan telefon bimbit untuk mendapat maklumat mengenai pelajaran secara menyeluruh, mudah, dan pentas. Kita tidak perlu membuang banyak masa untuk mencari maklumat di perpustakaan kerana setiap masa itu emas. Telefon bimbit boleh disambungkan ke internet, menghantar emel dan sebagainya. Pelajar juga boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan melalui khidmat pesanan ringkas.

Disamping itu, pelajar dapat mengetahui teknologi yang kian pesat dipergunakan oleh masyarakat pada masa kini. Tidaklah pelajar dianggap bagai kotak bawah tempurung yang tidak peka akan perkembangan teknologi yang sering diperkatakan pada zaman ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa telefon bimbit juga mempunyai kesan negatif terhadap pelajar. Setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk memiliki telefon yang canggih pasti akan terpengaruh lantas tidak teragak-agak untuk mendesak ibu bapa untuk membelikan lelefon yang mampu menandingi kecanggihan dan kecantikan telefon  bimbit yang dimiliki oleh kawannya.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan menggalakkan berlakunya banyak kes kecurian. Secara lazimnya pelajar yang berasal dari keluarga yang berada akan memiliki telefon bimbit yang lebih mahal dan canggih. Telefon bimbit yang sebegitu akan menjadi tumpuan golongan yang iri hati lantas berlakulah kes kecurian.

Kesimpulannya, pelajar yang menggunakan telefon bimbit dengan cara yang betul pasti mereka akan menerima banyak faedahnya dan sekiranya mereka menyalahgunakan telefon bimbit ini, mereka akan terjebak dengan perkara-perkara yang negatif.  




No comments:

Post a Comment